Thursday, January 14, 2010

GERHANA MATAHARI ESOK

http://astromas2020.blogspot.com/2010/01/assalamualaikum-hai.html

Friday, October 9, 2009

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria.

Saturday, September 26, 2009

Al-FATIHAH

TERKINI!!!Al-Fatihah buat JMD

Dukacita dimaklumkan sahabat yang amat kita kasihi, Allahyarham Jais Md.Derus telah kembali ke Rahmatullah pada lebih kurang jam 12.00 tengah malam Sabtu 26 September 2009 di wad ICU/CCU Hospital Pakar Johor. Pemergian beliau tutut disaksikan beberapa ahli keluarga dan sahabat rapat.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Pasir Gudang untuk pengurusan mandi jenazah, kafan dan seterusnya disolatkan oleh saudara mara dan rakan-rakan yang menanti seawal jam 2.00 pagi.
Walaubagaimanapun atas permintaan keluarga, Jenazah Allahyarham diminta agar dikebumikan di kampungnya di Felda Cempelak, Segamat. Kepada rakan-rakan yang tak sempat 'bertemu' beliau, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham dihimpunkan bersama-sama orang-orang soleh....AL-FATIHAH...

Ihsan Blog-The A-Team,Titan Pasir Gudang.

Saturday, July 11, 2009

1st Time Bersama Keluarga ke Khobar





Salam Semua,
Dah lama aku x update blog,so khamis lepas aku bersama family aku g khobar.Kami g Rashid Mall ngn Ikea.Cuma window shoping jer sbb sale xder.Gambar pn kami curi2 jer sbb org arab x suka tgk org luar bergambar hehe.Nanti aku update lagi sbb nk g keje ni Salam.

Sunday, June 14, 2009

RESIDENT VISA

ASSALAMUALAIKUM semua,bertemu kita akhir nya,sibuk pn yer,hehehe.So 24 jun ni aku akan blk ke tanahair aku.Resident visa pn dah siap saat yang dinanti telah tiba.
Aku menggunakan khidmat agen TRIWAYS.Bayaran kira murah.1 visa cuma rm150.3 hari bekerja siap.so untuk maklumat lanjut layari web ni www.triways.com.my,atau email kepada umrah1@triways.com.my atau hubungi En.Mohamad Zamri 03-77266016 ext 161,so sesiapa yang ingin membawa family ke sini aku syorkan gunalah agen ni.sekian waslam.

Saturday, May 16, 2009

Umrah Ku Yang Pertama










Salam Semua,
Pada 13 Mei Yang lalu,aku berkesempatan untuk menunaikan umrah ku yg pertama.Alhamdulillah semua nyer berjalan dgn lancar.Ada 2 buah bas,sebuah hanya g Mekah dan sebuah lagi g Mekah ngn Madinah.InsyALLAH akan datang aku nk g Madinah pulak.Aman jer rasa di tanah Haram ni.Skrg ni ramai umat Islam menunaikan umrah.Ramai gak jemaah dari Malaysia.Mcm2 agensi umrah ada antaranya triways,utas,langkasuka dan bnyk lagi.InsyALLAH aku akan ke Mekah lagi.AMIN YA RABALALAMIN.

Demi Masa