Thursday, March 5, 2009

Apa Pendapat Anda...............

Check your status: http://www.imi. gov.my/semak. aspx

300,000 dilarang keluar negara
KOTA KINABALU 3 Mac - Kira-kira 78,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara 300,000 rakyat negara ini yang dilarang keluar negara.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam berkata, mereka telah disenarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, imigresen, kastam, mahkamah dan PTPTN.
"Seramai 200,000 warga asing pula tidak dibenarkan masuk ke negara ini atas pelbagai sebab termasuk faktor keselamatan, " katanya kepada pemberita semasa melawat Pejabat Imigresen Sabah di Likas, hari ini.
Pada masa ini terdapat kira-kira 6.7 juta pemegang pasport Malaysia.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya menyemak status pasport mereka sama ada disekat atau tidak untuk ke luar negara.
Menurutnya, mereka boleh berbuat demikian dengan melayari laman web Jabatan Imigresen di http://www.imi. gov.my.
"Ada baiknya orang ramai membuat semakan awal secara online bagi mengelakkan rasa malu apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara," katanya.
Beliau berkata, sistem online itu diperkenalkan sejak 5 Februari lalu dan menerima lebih 200,000 hit setakat ini.
Dalam pada itu, Mahmood berkata, jumlah pekerja asing yang memperbaharui pas lawatan kerja di Malaysia meningkat kepada 2.3 juta orang tahun lalu berbanding 2.2 juta tahun sebelumnya.
"Di Sabah saja, 197,000 pekerja asing menyambung permit kerja tahun lalu berbanding 230,000 orang pada tahun sebelumnya," katanya.

No comments:

Demi Masa